Monday, April 2, 2012

Daftar Sekarang-TAWAS

Pendaftaran bagi tahun 2008,2009 dan 2010 telah dibuka semula. Tempoh pendaftaran adalah TERHAD.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.
Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.


Syarat 01
i. Warganegara Malaysia, DAN;

ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;

iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 02

i. Warganegara Malaysia, DAN;

ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;

iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

Syarat 03

i. Warganegara Malaysia, DAN;

ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008, DAN;

iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang.(Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).


*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.

Prosedur Permohonan

Mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi atau daftar secara Online di sini. www.tawas.org .my

atau

Pusat Pendaftaran:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS):

A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,

Park City, I-City,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:

a) Sijil Kelahiran / MyKid anak.

b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga


*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi Kad Si Manja TAWAS yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.

No comments:

Post a Comment